Ilmu Ketiga : Apa Yang Perlu Dibuat Selepas Daftar Jadi Pengedar Simkad Tone Wow

APA NAK BUAT selepas daftar jadi ahli tone wow

 Kerja utama anda didalam bisnes Tone WOW ini adalah:
1. Menambahkan pelanggan di Level-1 anda. 
2. Membantu pelanggan anda di Level-1 yang ingin menjalankan bisnes Tone Wow ini.
**Inilah rahsia bagaimana komisen anda akan menjadi banyak dan menaik setiap bulan TANPA HENTI
 Peringkat Pertama:
1. Print Ebook ini dan letakkan di dalam satu file untuk simpanan anda.
➤ Peringkat Kedua:
1. Selepas anda printkan ebook yg saya buat khas untuk group saya, sila buka ke muka surat terkhir dan lengkapkan tugasan yang diberikan. 
2. Ambil handphone anda, lihat dibahagian contact, tuliskan kesemua nama-nama yang ada kedalam Borang Senarai Prospek. Isikan kedalam petak yang sesuai.
3. KBE (Kumpulan Bakal Pengedar) - Adalah senarai contact yang anda rasa *SESUAI* menyertai bisnes ini.
4. KBG (Kumpulan Bakal Pengguna) - Adalah senarai contact yang TIDAK SESUAI untuk sertai bisnes ini, tetapi sesuai untuk guna sahaja dan nikmati kelebihan-kelebihan lain simkad Tone Wow.
5. Bahagikan mereka ini kepada yang tinggal berhampiran (maknanya, jika nak pergi jumpa mereka tu, tidak menjadi keberatan) dan yang tinggal jauh. Lihat contoh seperti di video diatas
6. Pastikan anda senaraikan seberapa ramai nama di Borang Senarai Prospek tersebut. Senaraikan saja, tak perlu takut untuk berjaya.
 Peringkat Ketiga:
1. Anda perlu jumpa semua nama yang ada didalam senarai Kumpulan Bakal Pengedar anda (KBE).
2. Perkara yang wajib dibawa adalah Kertas, Pen dan Simkad Tone Wow (Jika ada Flyers boleh gunakan). Kalau masih belum ada simkad, sila dapatkan di sini.
3. Terangkan mengenai bisnes Tone Wow dahulu. Mulakan dengan belajar cara bercerita tentang simkad dan kelebihan-kelebihan simkad. Anda juga boleh tunjukkan video pengenalan simkad tone wow kepada bakal prospek anda jika anda belum pandai bercerita.
c. Gunakan FLYERS yang disediakan oleh upline anda semasa anda membeli simkad sebagai PANDUAN untuk anda bercerita tentang Simkad TOne Wow
Flyers Simkad Tone Wow


4. Selepas selesai bercerita, Terus tanya mereka berminat atau tidak? Jika tidak berminat, anda boleh berhenti disini dan pergi jumpa senarai KBE yang lain. Anda tidak perlu kecewa jika mereka tolak kerana tugas anda hanya bercerita sahaja. Ini untuk melatih anda bercerita dan menguatkan diri anda berhadapan dengan "rejection" dari prospek. 
5. Jika berminat, terus minta mereka RM10 untuk harga sekeping simkad, dan ajarkan mereka register melalui MyWow Apps seperti mana yang anda sudah belajar di dalam post saya sebelum ini di dalam Ilmu Kedua. Pastikan mereka sendiri yang buat, anda hanya ajarkan sahaja supaya lain kali mereka boleh ajar rakan niaga baru mereka.
6. Buat dan terus buat tanpa kenal erti putus asa. Dahulu saya bercerita pada 100 orang pertama, dan hasilnya saya berjaya close seramai 27 orang. Yang lain, mereka beri alasan "nanti dulu lah!"
 "Modal tak cukup"
"Nanti aku fikirkan"
"Aku tak minat bisnes macam ni"
Itu adalah perkara biasa dan anda tak perlu risau kerana nak berjaya wajib melalui proses rejection begini. Tiada istilah gagal dalam bisnes tetapi yang ada adalah istilah PUTUS ASA. Tuhan sentiasa bersama dengan orang yang berusaha.
 Peringkat Keempat:
1. Apabila anda telah dapat seorang ahli baru. Jadi perkara yang mesti lakukan adalah:
3. Tuliskan Nama dan ID mereka di dalam PDF File yang telah anda print keluar sebelum ini. 
4. Add mereka masuk di dalam Group Whatsapp "VIP Tone Wow by SC Amirul dan hantarkan message 'selamat datang' dan message tugasan kepada ahli baru tersebut.
5. Message ‘selamat datang’ dan message tugasan mudah sahaja. Anda boleh berikan mereka link page blog ini. Anda boleh copy dan paste skrip saya
Skrip bermula
===========
Salam, terima kasih kerana anda dah berjaya mendaftar untuk penjadi pengedar simkad Tone Wow.
Langkah seterusnya, anda perlu lawat website ini untuk melengkapkan tugasan supaya anda dapat terus menjual simkad dan seterusnya mengembangkan perniagaan anda.
Baca di sini :

Skrip Tamat
===========
6. Sila berikan satu per satu tugasan tersebut kepada ahli baru. Apabila selesai saja satu tugasan, tuliskan tarikh pada ruang kotak di borang tersebut. Kemudian barulah anda beri tugasan yang seterusnya.
7. Kaedah ini adalah bagi memastikan anda mengajar rakan niaga baru anda kaedah yang betul. Apabila mereka diberi ilmu yang betul, maka mereka akan berkembang dan sudah tentu duplikasi di dalam rangkaian anda berlaku. Maka komisen anda akan menaik dengan cepat!
 Peringkat Kelima:
1. Target pertama yang anda harus capai adalah peringkat satu iaitu pendapatan RM100 sebulan. Selepas Komisyen anda naik Ke RM 100, anda akan dapat Upgrade Percuma ke Normal Member dan terima komisyen 13% setiap kali pengguna anda topup! Komisyen naik hampir 2 kali ganda!
2. Untuk mencapai target tersebut, anda harus menaja/mendaftarkan 30 orang rakan niaga baru yang topup RM50. 
3. Pastikan 30 orang yang anda sudah daftar tersebut diberi message “selamat datang” dan message tugasan-tugasan. Terus Call dan Follow-up mereka jika tidak selesaikan tugasan diberi.
4. Jika ada sebahagian mereka yang memberi alasan untuk ikuti tugasan tersebut, maka anda teruskan mencari ahli yang baru sehingga anda jumpa yang berkualiti.
➤ Info Penting:
1. Jika rakan niaga baru anda tidak dapat ikuti cara offline ini, maka anda pandukan mereka untuk belajar kaedah promosi online pula. 
2. Kegagalan mereka tak berjaya daftarkan ahli baru mungkin mereka tidak boleh bercerita dan jumpa orang. Jadi tak perlu risau, duduk dirumah pun boleh daftarkan rakan niaga baru dengan menggunakan kaedah promosi secara online.
3. Anda boleh pandukan mereka di dalam website ini - bahagian kaedah promosi online
Sampai di sini dulu untuk pelajaran hari ini. Kita berjumpa lagi untuk Ilmu KeTiga.
Saya harap post ini sedikit sebanyak membantu anda lebih faham apa yang perlu dibuat selepas daftar menjadi ahli tone wow dan cara-cara membantu rakan niaga anda sama-sama berjaya dalam bisnes Tone Wow ini.



Comments