4 Langkah Supaya Ejen Setia Dengan Anda
Hai semua rakan niaga. 😊
Hari ni saya nak cerita tentang masalah-masalah agen yang selalu recruiter akan bakal jumpa. Saya sangat2 faham masalah dengan agen ni memang tak boleh nak lari.
Amirul kali ni nak share tips macam mana nak handle masalah-masalah ni dengan rakan niaga yang lain.
Jangan serabut lagi.
Jangan stress lagi.
Jangan pening lagi.
Sebaik2nya ada EMPAT LANGKAH MUDAH untuk anda CARI, LATIH dan IKAT agen anda.
LANGKAH 1 : REKRUT AGEN
Sebelum memulakan rekrut, anda perlu tahu BAGAIMANA anda nak rekrut. Anda boleh pilih pengiklanan di Facebook ke di laman web anda ke. Mana-mana kaedah pengiklanan yang anda suka. Sebarkan seluas-luasnya bagi menambah possible agen anda. Jadualkan rekrut agen ni. Anda boleh buat sebulan sekali ke, dua bulan sekali ke. Bukan rekrut sekali dalam seumur hidup tau.
LANGKAH 2 : CLOSE AGEN
Selepas tu baru lah anda boleh kumpulkan prospek agen yang berminat di satu group dan anda boleh close serentak. Ataupun anda boleh close satu per satu. Mana-mana yang anda minat. Tapi anda tak boleh close agen macam anda close prospek. Anda kena TERANGKAN tentang apa manfaatnya sekiranya mereka jadi agen anda? berapa margin keuntungan? Cara paling mudah jual? Cara marketing dan sebagainya. Pastikan maklumat yang anda sampaikan tu betul-betul KOW! sampai diorang rasa rugi besar bila tidak menjadi agen anda.
LANGKAH 3 : TRAIN AGEN
Lepas agen dah mendaftar dengan anda, barulah anda boleh train diorang. Anda sendiri boleh tetapkan training anda berapa lama contoh 1 jam sehari selama 7 hari ke dua jam dalam seminggu ke, mana-mana yang anda rasa sesuai. Pastikan silibus training anda cukup untuk cover tentang cara menjual, details produk , marketing, teknik closing dan modul lain yang boleh digunakan agen untuk menjual dengan mudah.
LANGKAH 4 : MONITOR AGEN
Lepas habis training tu, anda sebagai founder, jangan sesekali lupakan agen anda ni. Anda kena ingat, momentum agen anda susah nak kekal lama. Dalam seminggu dua lepas habis training je kebanyakan agen anda masih semangat berkobar-kobar. Lepas dari tu, mulalah senyap sunyi. Jadi anda perlu monitor agen anda supaya mereka kekal aktif. Contohnya, boleh minta agen-agen anda hantar report dua kali sebulan atau sekali sebulan . Jika masih lagi kurang memberangsangkan, anda boleh buat extra training dengan mengadakan kelas khas 2 minggu sekali untuk pastikan momentum diorang masih lagi tip-top!
Mudahkan?
Kalau anda boleh jalankan empat langkah mudah ni, Amirul yakin anda mampu selesaikan masalah agen anda dengan mudah. Insyallah.
Comments
Post a Comment